Guru terlibat Bersih 5 akan digantung tugas
KUALA LUMPUR, 15 Safar 1438H, Selasa — Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi amaran kepada warga pendidik yang terlibat secara langsung dengan perhimpunan Bersih 5 akan dikenakan tindakan kaunseling.
Beliau berkata, jika terdapat laporan mengatakan ada guru terlibat dengan perhimpunan berkenaan, pihak Kementerian Pendidikan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin serta dipanggil untuk siasatan.
Katanya, mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan tegas termasuk digantung tugas.
“Tindakan mengikut tahap keseriusan guru berkenaan pada perhimpunan itu. Antaranya termasuklah digantung tugas,” katanya.
Namun, tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas guru yang terlibat dengan Bersih bukan sesuatu yang baharu kerana pihak Kementerian pernah melaksanakannya pada perhimpunan sebelum ini.
The post Guru terlibat Bersih 5 akan digantung tugas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan