Hampir 130,000 dilarang ke luar negara gagal bayar cukai

passportmalaysiatravel

PUTRAJAYA, 21 Safar 1438H, Isnin – Seramai 128,165 individu dilarang ke luar negara setakat Jun tahun ini ekoran kegagalan mereka untuk menjelaskan cukai.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2), Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dimaklumkan telah mengeluarkan sijil sekatan ke luar negara kepada mereka yang terbabit.

Sijil sekatan itu berhubung tunggakan cukai berjumlah sehingga RM3.4 bilion.

Memetik laporan Mstar, individu yang disenaraikan perlu menjelaskan cukai mereka sebelum memohon penarikan semula sekatan berkenaan.

Mereka yang tidak dapat membayar jumlah penuh masih boleh memohon untuk pelepasan sementara yang membolehkan individu tersebut mendapat tempoh pelepasan terhad yang diluluskan.

The post Hampir 130,000 dilarang ke luar negara gagal bayar cukai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?