Hantar ibu bapa ke pusat jagaan bukan norma masyarakat Islam, kata Zainul Rijal

zainul-rijal

BANGI, 18 Safar 1438H, Jumaat – Budaya sesetengah golongan menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga emas, bukanlah norma masyarakat Melayu Islam, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, norma itu begitu asing dan tidak boleh tidak seharusnya diterapkan dalam budaya masyarakat.

“Biar apa pun alasan yang diberikan, tempat ibu bapa khususnya yang telah uzur adalah di sisi anak-anak mereka.

“Ini kerana tiada apa pun yang dapat menandingi jasa mereka dalam membesarkan serta mendidik anak-anak sehingga berjaya di dunia,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, kehadiran anak-anak di sisi ibu bapa yang sedang sakit telah cukup memberi penawar dan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa memberi khidmat yang terbaik kepada mereka serta menggunakan peluang yang ada bagi menebus segala kesilapan yang telah dilakukan.

Selain itu, beliau berkata, kesibukan bekerja juga mampu meruntuhkan institusi keluarga dan ikatan kasih sayang antara ibu serta anak-anaknya.

“Institusi keluarga ini amatlah penting kerana ia mempunyai impak yang besar kepada pembangunan negara itu sendiri. Jika punah institusi keluarga maka akan hancur juga masa depan negara,” katanya.

Memetik ayat 23 dan 24 Surah Al-Isra dalam Al-Quran, beliau berkata, Islam telah menggariskan tanggungjawab anak dengan begitu menyeluruh.

“Sejak dari awal lagi anak-anak ditegah daripada mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua ibu bapanya.

“Mereka juga dilarang menengking dan mengherdik ibu bapa mereka dan hanya boleh mengeluarkan perkataan yang mulia,” katanya.

The post Hantar ibu bapa ke pusat jagaan bukan norma masyarakat Islam, kata Zainul Rijal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?