Harga gula tak naik
KUALA LUMPUR, 28 Safar 1438H, Isnin – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini memaklumkan bahawa harga gula di pasaran kekal pada masa ini meskipun terdapat spekulasi yang harga komoditi itu berkemungkinan naik.
Beliau mengulas mengenai viral yang tersebar sejak minggu lalu kononnya harga gula di pasaran akan naik mulai Khamis ini.
Katanya, walaupun ada permintaan daripada pengeluar supaya harga gula disemak semula, pihaknya memutuskan harga gula kekal pada RM2.84 bagi sekilogram (kg).
“Penetapan kadar harga gula bukan sahaja bergantung kepada permintaan pengeluar untuk menaikkan harga gula, tetapi turut bergantung kepada harga gula mentah di pasaran antarabangsa,” katanya yang dipetik daripada BH, hari ini.
Kali terakhir harga gula disemak semula oleh kerajaan ialah pada tahun 2013. Ketika itu harga gula RM2.50 setiap kg.
The post Harga gula tak naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan