Harga makanan restoran India muslim tak naik: Presma

mamak-stall-seating-tea-terak

PUTRAJAYA, 10 Safar 1438H, Khamis – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan harga makanan dan minuman tidak akan dinaikkan selepas kerajaan melakukan penstruturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak mengikut harga pasaran yang berkuatkuasa 1 November lalu.

Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, langkah itu tidak boleh dijadikan alasan pengusaha restoran di bawah Presma untuk menaikkan harga sesuka hati.

“Kami faham bahawa minyak masak paket 1 kilogram yang disubsidi oleh kerajaan adalah bagi membantu dan menampung keperluan isi rumah bukan untuk kegunaan peniaga.

“Oleh itu, saya tidak akan menerima alasan bahawa jika harga minyak naik (bergantung pada harga pasaran) maka kita perlu terus menaikkan harga makanan dan minuman kerana itu janji kami dalam membantu pembangunan negara,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noorul Hassan menegaskan Presma tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya ada pegusaha restoran yang masih berdegil dan menaikkan harga.

“Jika mereka didapati bersalah, kami akan laporkan kepada KPDNKK untuk tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan dan Anti Percatutan 2011 serta Akta Persaingan 2010,” katanya.

The post Harga makanan restoran India muslim tak naik: Presma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?