Hujan berterusan punca limpahan air berlumpur di LPT
BANGI, 16 Safar 1438H, Rabu – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan kejadian limpahan air bersama lumpur yang menenggelamkan sebahagian laluan menghala ke Kuantan, hari ini.
Syarikat Konsesi LPT, Anih Berhad memaklumkan, kejadian yang berlaku di Kilometer 171 di Maran pada jam 3.40 petang tadi adalah berpunca daripada hujan lebat yang berterusan di kawasan itu.
“Sewaktu kejadian kedalaman air di atas jalan dianggarkan 10 sentimeter, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
“Laluan yang terlibat adalah sepanjang 30 meter namun air mulai surut kira-kira pukul 4.38 petang. Sehingga kini keadaan cuaca kembali baik dengan trafik berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun kenyataan itu berkata, keadaan di lebuh raya berkenaan dalam keadaan terkawal dan kerja-kerja pembersihan masih diteruskan.
The post Hujan berterusan punca limpahan air berlumpur di LPT appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan