Isma gesa Kerajaan putuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar

b

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 24 Safar 1438H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana menggesa Kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar susulan tragedi pembunuhan etnik Rohingya di negara itu.

Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahya berkata, segala apa yang sedang berlaku pada umat Islam di sana ibarat mengulangi peristiwa holocaust dan lebih malang lagi kebanyakan suara-suara besar hanya mengamalkan sikap menutup mata.

“Ia sama seperti pembunuhan orang-orang Yahudi oleh Hitler. Pembunuhan tanpa perikemanusian. Kenapa Barat diam?

“Kenapa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak bersuara? Kenapa Edmund Boon selaku wakil Hak Asasi Manusia negara di peringkat Asean tidak bersuara? Kenapa Au Sung Su Syi juga membisu?

“Kenapa sami-sami Buddha Malaysia tidak bersuara kerana yang terlibat membunuh umat Islam di Myanmar adalah juga sami-sami Buddha,” soalnya meluahkan kekesalan.

Beliau berkata, Isma memandang serius terhadap kejadian pembunuhan umat Islam di Myanmar ini justeru menggesa Kerajaan mengambil tindakan serius dengan menghantar balik semua pekerja Buddha Myanmar.

“Mereka ini seramai 200,000 orang mampu menghantar jutaan ringgit setiap bulan.

“Kita juga perlu memboikot barangan Myanmar dan segala dagangannya dan segera menghentikan hubungan diplomatik.

“Isma seru umat Islam untuk bersama-sama menyokong mana-mana pihak yang membuat perhimpunan aman membantah kelakuan pihak kerajaan Myanmar,” tegasnya.

The post Isma gesa Kerajaan putuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?