Israel tangkap 22 suspek penyebab kebakaran
JERUSALEM, 26 Safar 1438H, Sabtu – Pegawai Keselamatan Israel telah menangkap 22 suspek kerana disyaki membakar atau mempunyai kaitan dengan kes kebakaran yang kini masih berlanjutan.
Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya mengesyaki kebakaran itu adalah berpunca daripada perbuatan khianat.
Beliau mendakwa, pasukannya menemui bukti bahawa petrol telah digunakan untuk menyalakan api di Zikhron Yaaqov, sebuah bandar di utara Israel.
Daripada 22 orang yang ditahan atas tuduhan membakar, salah satu daripadanya ialah seorang rakyat Palestin yang ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran tersebut.
Lapan telah dibebaskan, manakala 14 yang lain telah dilanjutkan tempoh remannya.
Pihak berkuasa Israel memberi bayangan bahawa mereka mengesyaki Palestin menjadi dalang dalam perbuatan khianat itu, tetapi pemimpin-pemimpin Arab di Israel memberi amaran terhadap meletakkan kesalahan tanpa bukti.
“Sesiapa yang membakar negara ini tidak boleh menjadi warganegara di negara ini, dan taraf kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan,” kata Menteri Kebudayaan, Miri Regev.
Jika dibuktikan rakyat Palestin yang mencetus kebakaran tersebut, ia akan menjadi satu taktik baru buat Israel dan ia berpotensi mengganggu konflik dalaman yang lama menggelegak antara keduanya. – Agensi
The post Israel tangkap 22 suspek penyebab kebakaran appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan