Israel tolak persidangan damai Timur Tengah di Perancis

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu looks on as he chairs the weekly cabinet meeting on July 6, 2014 at his Jerusalem office. Violence which rocked east Jerusalem for three days following the kidnap and murder on July 2 of a Palestinian teenager, spread to half a dozen Arab towns in Israel. AFP PHOTO / POOL /GALI TIBBON

JERUSALEM, 8 Safar 1438H – Israel menolak undangan Perancis untuk mengambil bahagian dalam persidangan damai di Paris pada tahun ini.

Portal berita antarabangsa melaporkan, dalam mesyuarat di Jerusalem Isnin lalu, Duta Perancis, Pierre Vimont memaklumkan bahawa Israel tidak mahu terbabit dengan apa-apa usaha menghidupkan semula rundingan yang gagal pada April 2014 lalu.

“Mereka memberitahu duta Perancis bahawa kedudukan Israel untuk menggalakkan proses pendamaian dan mencapai perundingan hanya akan datang melalui rundingan langsung antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Perancis berkata, mereka masih merancang untuk mengadakan persidangan itu sebelum akhir tahun ini.

Perancis telah melakukan pelbagai cubaan untuk memberi nafas baru dalam proses damai tahun ini dengan mengadakan perbincangan bersama-sama Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara utama Arab tanpa kehadiran Israel atau Palestin pada Jun lalu.

Sementara itu, rakyat Palestin berkata, mereka akan menghadiri persidangan di Paris jika cadangan ini diteruskan.

Terdahulu, Israel yang menganggap Amerika Syarikat sebagai ketua broker di Timur Tengah, menegaskan bahawa rundingan terus dengan rakyat Palestin sahaja yang boleh membawa kepada keamanan manakala usaha Perancis itu dikatakan sebagai lencongan. – Agensi

The post Israel tolak persidangan damai Timur Tengah di Perancis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?