Isu penghapusan etnik Rohingya perlu solidariti semua pihak: Pas Kelantan

A Rohingya Muslim woman and her son cry after being caught by Border Guard Bangladesh (BGB) while illegally crossing at a border check point in Cox’s Bazar , Bangladesh, November 21, 2016. REUTERS/Mohammad Ponir Hossain TPX IMAGES OF THE DAY - RTSSOBB

KOTA BHARU, 29 Safar 1438H, Selasa – Semua pihak tanpa mengira bangsa, agama atau parti politik perlu tampil menunjukkan solidariti masing-masing dalam isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar yang berlarutan sehingga kini, kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. 

Mohamed Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan berkata, penindasan ke atas etnik Rohingya bukan lagi masalah politik negara tersebut semata-mata, namun melibatkan penganiayaan sesama manusia yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

“Saya menyeru semua pihak supaya tunjukkan solidariti kepada masyarakat Rohingya di Myanmar atas penghapusan etnik ini seperti kita marah terhadap penghapusan etnik yang berlaku di Bosnia dan Herzegovina dahulu.

“Ini melibatkan hak mereka untuk hidup dan hak bernegara (sama seperti orang lain),” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Buku Peranakan Cina Kelantan – Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu di sini, semalam.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob itu turut dihadiri Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron. – Bernama

The post Isu penghapusan etnik Rohingya perlu solidariti semua pihak: Pas Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?