JAIM tahan 29 pengikut Syiah

NSTP

MELAKA, 20 Safar 1438H, Ahad – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyerbu dua lokasi berbeza dan menahan lebih 29 ahli kumpulan Al-Ansar Imam Mahdi termasuk ketua gerakannya yang disyaki pengikut fahaman Syiah.

Ketua Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, dua lokasi yang diserbu ini dipercayai menjadi tempat perjumpaan kumpulan berkenaan dan dipercayai telah menjalankan aktiviti ini sejak setahun lalu.

“Semua suspek yang ditahan di sebuah premis perniagaan kafe siber melibatkan 21 lelaki dan lapan wanita berusia 19 tahun hingga 59 tahun,” katanya.

Ketua gerakan kumpulan itu berusia 42 tahun yang berasal dari Kedah, ditahan di Umbai manakala, seorang lagi penggerak fahaman yang sama berusia 41 tahun ditahan di Telok Mas.

Dalam serbuan yang sama, pihak JAIM mendapati seramai 15 kanak-kanak berusia antara satu bulan hingga 14 tahun turut bersama kumpulan berkenaan kerana mengikuti ibu bapa masing-masing.

Selain itu, pihak JAIM turut merampas barangan dipercayai digunakan untuk aktiviti fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam iaitu pegangan Sunnah Wal Jamaah.

“Antaranya ialah buku berunsur Syiah dan Imam Mahdi, kain rentang, bendera melambangkan Syiah, batu karbala, komputer serta keris,” katanya.

Semua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 63 atas kesalahan melanggar Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

The post JAIM tahan 29 pengikut Syiah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?