Jamal anjur Bersih 7 ‘serang’ Selangor

jamal-bersih7

BANGI, 23 Safar 1438H, Rabu – Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos bakal mengadakan siri jelajah yang diberikan nama Bersih 7 di seluruh negeri Selangor bermula Sabtu ini.

Beliau berkata, nama Bersih 7 dipilih sempena Bersih 5 yang telah gagal dan supaya nama Bersih ini benar-benar ‘bersih’.

Pemilihan nama itu juga, katanya, melambangkan tujuh tuntutan pihaknya.

“Kita nak bersihkan kerajaan negeri Selangor yang kotor, rasuah, penipu dan penyamun ni. Bersih tu kotor, ni bersih yang bersih dan kita takkan ‘hijack’ sesiapa,” katanya pada sidang media pelancaran Bersih 7 di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jamal berkata, Bersih 7 akan memulakan siri jelajah di 700 lokasi seluruh Selangor bermula Sabtu ini di Sekinchan dan dijangka berakhir April depan.

“Kenapa Sekinchan? Saya mulakan dengan Sekinchan kerana saya suka dengan Ng Sue Lim (Adun Sekinchan),” katanya.

Malah, menerusi siri jelajah tersebut beliau yakin impian kerajaan pemerintahan negeri Selangor ‘bertukar tangan’ tercapai.

“Kerajaan yang perintah negeri Selangor ini akan terbalik dan lepas pilihan raya, kerajaan akan ditukarkan.

“Saya percaya lepas tu rakyat Selangor akan percaya tentang kewibawaan kerajaan BN dan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas siri jelajah di 700 lokasi,” katanya.

The post Jamal anjur Bersih 7 ‘serang’ Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?