Jamal tak setaraf saya, kata Ibrahim Ali

ibrahim-ali-rasis

KUALA LUMPUR, 17 Safar 1438H, Khamis – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, tidak setaraf beliau dan Perkasa dalam membantah perhimpunan Bersih.

“Jangan samakan kita dengan Jamal, saya tak akan letak diri saya ke taraf Jamal. Dia ni lain, saya pemimpin dengan cara saya sendiri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, walaupun, Perkasa pernah membantah Bersih kerana tidak berpuas hati dengan perhimpunan itu, tetapi akhirnya mereka membiarkan pihak polis mengambil tindakan.

“Perkasa tak ada buat apa-apa terhadap Bersih. Ada dulu sekali kita uau-uarkan kita nak Bantah Bersih sebab tak puas hati tapi kita ikut cara yang betul dan kita akhirnya tak ganggu Bersih. Kita serahkan kepada polis, jadi kita tak sama dengan Jamal,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menyamakan gerakan Baju Merah dengan Perkasa, Ibrahim berkata, dirinya juga tidak boleh disamakan dengan Jamal.

“Kenapa nak malukan Perkasa? Kalau orang Islam buat benda tak baik dia malukan Allah ke? Tak ada kena mengena, ini masalah hak peribadi kita tak boleh nak halang, itu hak dia yang penting penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Beliau sekali lagi turut kecewa apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan.

Ketiadaan akta ini menyebabkan pihak polis tiada mempunyai instrument yang cepat untuk membendung ancaman keselamatan dalam negara, katanya.

“Bila negara hancur, segalanya sudah tak berguna, tiada lagi apa-apa harapan. Banyak implikasinya kepada negara,” katanya.

The post Jamal tak setaraf saya, kata Ibrahim Ali appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?