Jangan terlalu percaya ejen mencari pekerja luar negara

Gambar hiasan.

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA, 16 Safar 1438H, Rabu – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak terlalu mudah percaya dengan ejen-ejen tertentu kerana dikhuatiri ditipu akibat tidak memahami proses bekerja di luar negara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, demikian sebagai mengulas pendedahan eksklusif akhbar tempatan berhubung ribuan rakyat Malaysia yang mengejar impian dengan bekerja di ladang-ladang di Australia, teraniaya dan terjerat dalam sistem perhambaan era moden akibat manipulasi pihak tertentu.

Beliau berkata, sememangnya terdapat kes rakyat Malaysia yang ditipu dan berdepan kesulitan selepas bekerja sebagai pemetik buah dan kes itu turut dilaporkan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Konsulat Malaysia di Australia.

“Jumlah mereka yang terlibat tidak dapat diperoleh secara rasmi kerana kekangan Akta Privasi 1988 Negara Australia. Ia juga merupakan hak pihak berkuasa negara masing-masing untuk mengetatkan atau mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab hanya mahu mengambil kesempatan dan meraih keuntungan dengan cara sedemikian, jadi jangan mudah percaya dan mengikut kehendak mereka,” katanya seperti yang dipetik dari Utusan Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, mereka perlu menyemak dan mematuhi undang-undang sesebuah negara sebelum membuat sebarang rundingan termasuk bekerja di negara terbabit.

“Sekiranya rakyat negara ini tidak pasti dengan jenis visa perjalanan dan prosedur yang perlu dilalui, mereka boleh merujuk kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Konsulat Jeneral Malaysia,” katanya.

The post Jangan terlalu percaya ejen mencari pekerja luar negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?