Jumlah banduan di Malaysia cecah 51,602 orang

Logo-Kementerian-Dalam-Negeri-KDN-new

KUALA LUMPUR, 21 Safar 1438H, Isnin – Jumlah banduan di penjara seluruh Malaysia melebihi 6,292 orang daripada kapasiti yang mampu ditampung Jabatan Penjara iaitu seramai 45,310 orang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini berkata, sehingga 4 Oktober 2016, jumlah banduan yang berada di penjara adalah 51,602 orang.

Menurut kementerian, antara tindakan yang diambil Jabatan Penjara bagi menangani situasi itu adalah memindahkan banduan daripada penjara yang sesak ke penjara tidak sesak serta mengubahsuai penjara sedia ada bagi menampung kapasiti banduan yang semakin meningkat.

Kementerian itu menjawab pertanyaan N. Surendran (PKR-Padang Serai) berhubung jumlah terkini banduan dalam penjara di seluruh negara.

Kementerian itu berkata, Jabatan Penjara turut menggiatkan pelaksanaan Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang melibatkan 38,391 banduan menjalani pemulihan di luar penjara.

“Keberkesanan pemulihan dan latihan bagi mengurangkan kemasukan semula banduan ke penjara selepas dibebaskan juga dipertingkatkan,” kata KDN. – Bernama

The post Jumlah banduan di Malaysia cecah 51,602 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?