Kanak-kanak antara 32 maut serangan udara rejim Syria, Russia
ALEPPO, 17 Safar 1438H, Khamis – Russia dan Syria terus mengebom kawasan yang diduduki pemberontak di timur Aleppo, tidak jauh dari sebuah hospital kanak-kanak dan bank darah, pada hari kedua berturut-turut yang setakat ini telah mengorbankan 32 orang awam, kata pemerhati.
“Jet Russia dilihat melakukan serangan sepanjang malam tadi hingga awal pagi di beberapa kawasan di Idlib di barat laut Syria.
“Pesawat rejim Syria turut mengebom kawasan di timur Aleppo yang dikuasai pemberontak,” kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.
Serangan udara itu adalah sebahagian daripada peningkatan tindakan ketenteraan rejim Bashar Al-Assad serta sekutunya Russia, yang sebelum ini berjanji akan memperluaskan lagi serangan, termasuk menggunakan peluru berpandu.
Pemantau konflik Syria pula berkata, serangan udara di al-Shaar, al-Sukkari, al-Sakhour dan Karam al-Beik di timur Aleppo membunuh sekurang-kurangnya 21 orang awam, termasuk lima kanak-kanak dan pekerja bantuan.
“Serangan udara juga berterusan di kawasan sekitar timur Aleppo di mana pemberontak melancarkan serangan terhadap kawasan diduduki tentera kerajaan. Serangan rejim Assad dan Russia di Batbo membunuh sekurang-kurangnya 19 orang, termasuk tiga kanak-kanak,” katanya.
Russia dilaporkan menggunakan kapal pengangkut Admiral Kuznetsov yang tiba di perairan Syria minggu lalu untuk melakukan serangan udara. – Agensi
The post Kanak-kanak antara 32 maut serangan udara rejim Syria, Russia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan