KATA PEDANG: Penyakit ultra kiasu berjangkit dari bawah sampai atas
PEDANG panas hati apabila menonton video sepasang suami isteri berbangsa Cina membuli seorang wanita Melayu kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sedang menjalankan tugas.
Bahkan bukan Pedang saja, semua yang menonton video itu tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku.
Sudahlah membuat kesalahan tidak meletakkan kupon parkir kenderaan, biadab pula menarik-narik baju dan mengganggu wanita tersebut.
Inilah sikap puak ultra kiasu yang besar kepala yang tak mahu mengaku salah atas kesalahan sendiri, malah mengaibkan orang lain.
Keadaan ini sebenarnya sama dengan situasi puak rasis dan cauvinis DAP dan MCA yang menolak cadangan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Mereka menolak hasrat hati umat Islam yang mahu melaksanakan syariat agama.
Wanita kakitangan MBSA itu mahu menjalankan tugasnya tetapi diganggu.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mahu melaksanakan tugasnya selaku Ahli Parlimen Islam, mencadangkan pindaan RUU 355, namun dihalang, diejek, dihina oleh puak ultra kiasu di kalangan DAP dan MCA.
Tambahan pula, Persatuan Hokkien Malaysia menganjurkan kempen mengumpul sejuta tandatangan menolak hudud.
Bukankah ini satu cubaan menghalang umat Islam yang diwakili Datuk Seri Abdul Hadi melaksanakan tugasannya, yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan?
Kalau dah pemimpin atasan ultra kiasu berperangai demikian, maka tidak pelik jika orang bawahan juga bersifat seperti itu.
Berbalik kepada kes kakitangan MBSA, rakan Pedang menulis satu kata-kata yang menarik untuk difikirkan bersama:
“Pejuang feminis dan liberal seperti biasa membisu. Selektif. Kerana dua. Siapa yang kena dan siapa punya angkara.
“Jika terbalik situasinya maka mulalah melolong baru teriak bicara.”
Kata Pedang: Ambil semangat Ridhuan Tee melawan arus ultra kiasu dari bawah sampai atas.
Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.
The post KATA PEDANG: Penyakit ultra kiasu berjangkit dari bawah sampai atas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan