Kebakaran hutan Israel merebak ke kawasan perumahan

.

JERUSALEM, 24 Safar 1438H, Khamis – Sebuah hutan berhampiran rizab alam semula jadi Nataf terbakar dan merebak ke kawasan perumahan sehingga mengakibatkan puluhan rumah musnah dan ribuan penduduk di kawasan terjejas dipindahkan.

Polis Israel, Roni Alsheikh berkata, kemusnahan yang melanda penempatan itu berpunca dari kebakaran sebuah hutan yang merebak ke Zichron Yaakov, terletak di hujung selatan Hutan Carmel di utara Israel.

“Kebakaran ini bermula pada hari Selasa dan keadaan semakin teruk sehingga memusnahkan banyak rumah di kawasan berkenaan,” katanya.

Sekurang-kurangnya 30 pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengawal dan memadam kebakaran termasuk bantuan tentera dan empat pesawat digunakan.

Kejadian berlaku disebabkan keadaan tanah yang kering dan angin kencang, yang mana perkara ini dijangkakan akan berlajutan sehingga hari ini.

Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat atau atas faktor semula jadi.

“Beberapa orang dewasa dan kanak-kanak yang terhidu asap dihantarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.,” katanya. – Agensi

The post Kebakaran hutan Israel merebak ke kawasan perumahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?