Kedah beri bayaran khas RM500 untuk penjawat awam

kerajaan-negeri-kedah

ALOR SETAR,13 Safar 1438H, Ahad – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri itu.

Dengan peruntukan RM3.045 juta, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, bayaran khas itu akan dibuat akhir tahun ini seiring pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui Bajet 2017 bulan lalu.

“Bayaran khas RM500 ini akan membabitkan 6,090 kakitangan tetap dan juga kontrak kerajaan negeri.

“Selain itu, insentif lain berasaskan kecekapan, prestasi dan upaya pengutipan hasil jabatan sedang dirangka.

“Ia akan ditentukan mekanismenya secara dalaman sebagai rangsangan kepada kakitangan sedia ada,” katanya ketika membentangkan Bajet Kedah 2017 ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.

The post Kedah beri bayaran khas RM500 untuk penjawat awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?