Kenapa lantik bukan Melayu pegang jawatan tertinggi GLC, soal perwakilan Wanita UMNO
BANGI, 30 Safar 1438H, Rabu – Perwakilan Wanita UMNO mempersoalkan pelantikan bukan Melayu memegang jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Perwakilan bahagian Bagan, Hamidah Arshad berkata, kedudukan tertinggi yang dipegang oleh kaum lain akan menjejaskan peluang kepada orang Melayu.
“Apabila kedudukan teratas dipenuhi oleh kaum-kaum lain, kesannya adalah peluang untuk kontraktor, perunding dan peguam semua diberikan kepada mereka (komuniti mereka),” katanya dalam perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO ke-70, hari ini.
Beliau berkata, ramai golongan profesional Melayu yang berkelayakan memenuhi jawatan tersebut.
“GLC milik kita, tetapi mengapa kita memberikan jawatan tertinggi kepada bangsa lain? Siapa yang akan bantu bangsa kita sendiri?
“Siapa yang salah? Kita,” katanya.
The post Kenapa lantik bukan Melayu pegang jawatan tertinggi GLC, soal perwakilan Wanita UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan