Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat enam kementerian

Tan Sri Ali Hamsa

PUTRAJAYA, 23 Safar 1438H, Rabu – Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat enam kementerian yang menerima teguran susulan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 pada Siri Kedua baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, jawatankuasa khas ini bertujuan untuk mendapatkan keterangan jelas daripada saksi pegawai yang terlibat dalam kes yang dilaporkan.

Katanya, siasatan akan dibuat meliputi 10 teguran punitif yang melibatkan kes penyalahgunaan kuasa, salah laku, penyelewengan serta kecuaian ketika menjalankan tugas.

Susulan itu, tindakan tatatertib, surcaj atau pertuduhan jenayah boleh dikenakan ke atas pegawai yang terlibat jika disabitkan bersalah menerusi bukti kukuh yang dikumpulkan.

Antara enam kementerian yang dilaporkan adalah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Jabatan Perdana Menteri.

The post Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat enam kementerian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?