Kerajan tarik balik pemotongan RM380 juta peruntukan perubatan

019649477

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1438H, Rabu – Pemotongan peruntukan RM380 juta untuk perolehan perubatan bagi 2016 ditarik balik bagi memastikan bekalan perubatan di hospital kerajaan sentiasa mencukupi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, arahan penarikan balik pemotongan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas pihaknya membuat rayuan.

“Penarikan ini sekali gus tidak menimbulkan persoalan kekurangan bekalan perubatan selain usaha kementerian mengoptimumkan penggunaan ubat-ubatan bagi mengelakkan pembaziran,” katanya menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Baihaki ingin tahu mengenai langkah kementerian itu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan.

Dr Hilmi berkata, pihaknya mengeluarkan garis panduan bagi mengelak pembaziran ubat dengan memperketat pengeluaran dan mengehadkan pemberian ubat berdasarkan keperluan pesakit.

The post Kerajan tarik balik pemotongan RM380 juta peruntukan perubatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?