Kerjasama Tun Mahathir, Kit Siang tak akan tahan lama: Tunku Aziz

dg

KUALA LUMPUR, 15 Safar 1438H, Selasa – Kerjasama antara Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang tidak akan bertahan lama.

Pandangan itu diutarakan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim dengan menyifatkan kedua-dua mereka tidak memiliki banyak persamaan untuk mengekalkan kerjasama bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Anda boleh nilai sendiri. Dia dahulu berkata mana-mana orang Melayu yang bekerja dengan DAP adalah tidak setia dan kehilangan jiwa.

“Sekarang dia bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan penyatuan ini hanyalah satu bentuk keselesaan sahaja dan ia tidak akan membawa mereka ke mana-mana.

“Apa yang mereka dapat hanyalah melakukan khianat untuk menjatuhkan perdana menteri. Saya tidak fikir mereka memiliki persamaan yang banyak untuk mengekalkan kerjasama tersebut,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Tun Dr Mahathir telah memperoleh banyak manfaat daripada UMNO, namun kini berkelakuan seperti pengkhianat bukan sahaja terhadap UMNO tetapi juga kepada negara.

Malah, Abdul Aziz berkata, kerjasama antara Dr Mahathir dan Kit Siang adalah satu kesilapan besar dan kedua-dua mereka tidak boleh dipercayai.

“Bagi saya kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Mengambil peluang adalah sesuatu yang mereka telah lakukan sepanjang hidup mereka. Jadi seperti apa yang saya katakan kerjasama Dr Mahathir dan Kit Siang bukanlah sesuatu yang bijak untuk mereka lakukan.

“Ini berdasarkan fakta, saya tidak percaya selepas apa yang berlaku bertahun-tahun sebelum ini, selepas segala pertelagahan, selepas segala ketidakpercayaan tiba-tiba mereka boleh peluk dan bercium antara satu sama lain dan kata saya boleh percaya awak dengan nyawa saya,” katanya.

The post Kerjasama Tun Mahathir, Kit Siang tak akan tahan lama: Tunku Aziz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?