Ketua Perisikan AS letak jawatan
N
NEW YORK, 18 Safar 1438H, Jumaat –Ketua Perisikan Amerika Syarikat, James Clapper telah meletak jawatan menjelang perlantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika.
Ketika peletakan jawatan, beliau menyampaikan beberapa jaminan kepada rakyat Amerika yang bimbang akan peralihan kerusi presiden kepada Trump.
“Saya tahu ramai orang tidak pasti apa yang akan berlaku dengan peralihan presiden ini. Terdapat banyak ‘catastrophizing’, jika saya boleh gunakan terma itu dalam kitaran berita 24 jam dan sosial media.
“Jadi, saya berada di sini bersama-sama mesej: Semuanya akan baik sahaja,” kata Clapper dilapor media berita antarabangsa.
Peletakan jawatan Clapper pada petang semalam bukannya satu kejutan.
Ini kerana sejak temu bual dengan NBC News tahun lepas, Clapper mengatakan beliau menghitung hari untuk meletak jawatan pada akhir tempoh Presiden Obama di pejabat.
Clapper yang bermula sebagai seorang pegawai perisikan ketika muda memberitahu ayahnya bahawa beliau akan meletak jawatan setelah 50 tahun berkhidmat.
Peletakan jawatan Clapper yang berkuat kuasa pada 17 Januari tahun hadapan, dibuat ketika pasukan Trump berusaha dalam penyusunan Kabinet dan memikirkan perubahan yang patut dilakukan selepas peletakan jawatan Obama. – Agensi
The post Ketua Perisikan AS letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan