Kita tiada duit. Najib banyak duit boleh senyum, menari: Tun Dr Mahathir

tun11

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

SHAH ALAM, 13 Safar 1438H, Ahad – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mendapat banyak kerusi di Parlimen pada masa akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Bersatu berkata, walaupun pembangkang tidak mempunyai duit sebanyak yang dimiliki Datuk Seri Najib Razak, usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu tidak akan pernah terhapus.

“Selagi kita tak dapat kerusi melebihi Barisan Nasional, kita akan tetap kekal sebagai parti lawan.

“Dan kita takde duit sebanyak dia (Najib), dia ada duit banyak, orang Amerika kata kes penipuan terbesar. Satu dunia kenal kita, kita famous.

“Najib masih boleh senyum, menari,” katanya berucap pada Forum Khas Bersatu Meneroka Masa Depan yang diadakan di Dewan Bukit Jelutong, di sini, malam tadi.

Susulan itu, beliau berkata, parti pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa untuk melaksanakan janji-janji melainkan dengan menyeru rakyat bersatu padu memperjuangkan matlamat bersama.

“Rakyat kena ingat, kekuatan sesuatu kumpulan datang dari perpaduan, walau datang dari kumpulan lemah

“Kalau kita tak buat apa-apa, ia tiada makna. Kita kena bersatu untuk melawan.. satu lawan satu,” katanya.

The post Kita tiada duit. Najib banyak duit boleh senyum, menari: Tun Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?