KPDNKK pula sahkan harga gula kekal RM2.84
BANGI, 29 Safar 1438H, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan harga gula kekal pada RM2.84 sekilogram (kg).
Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya tiada rancangan untuk menaikkan harga gula meskipun mendapat permintaan daripada pengeluar komoditi itu.
“Tiada kenaikan harga gula pada masa ini biarpun ada permintaan daripada pengeluar komoditi itu untuk menaikkan harga bahan berkenaan.
“Jangan percaya viral di media sosial kerana apa juga keputusan, ia mengambil kira kepentingan semua, termasuk pengeluar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KPDNKK, hari ini.
Sebelum ini, pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) meminta kepada kerajaan supaya menaikkan harga siling gula antara 20 hingga 30 peratus daripada harga sekarang, iaitu RM2.84 sekilogram.
Bagaimanapun, MSM hari ini menjelaskan bahawa tiada kenaikan harga gula walaupun harga komoditi itu semakin meningkat di pasaran.
The post KPDNKK pula sahkan harga gula kekal RM2.84 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan