KPWKM bakal pengerusikan mesyuarat berhubung sindiket penjualan bayi

datuk-rohani-abdul-karim-ap

BANGI, 27 Safar 1438H, Ahad – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mempengerusikan mesyuarat membabitkan kementerian dan agensi berkaitan berhubung laporan media antarabangsa, Al-Jazeera yang mendakwa Malaysia sebagai pusat sindiket penjualan bayi.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, mesyuarat itu akan menyiasat dakwaan laporan berkenaan dan membolehkan kementerian mencari langkah bagi menangani sindiket tersebut jika ia adalah benar.

Katanya, meskipun laporan Al-Jazeera itu perlu dipastikan kesahihannya, namun beliau berkata, dakwaan itu sekaligus menyedarkan semua pihak.

“Mesyuarat itu akan dihadiri oleh wakil-wakil dari semua kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara dan polis.

“KDN akan membentangkan laporan berhubung dakwaan dan kementerian kita akan membuat tindakan sewajarnya berdasarkan hasil.

“Kami juga akan menjemput wakil-wakil daripada Kementerian Luar Negara untuk turut sama hadir ke mesyuarat itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

The post KPWKM bakal pengerusikan mesyuarat berhubung sindiket penjualan bayi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?