Kuning, Merah jangan marah polis jika tindakan diambil Sabtu ini

merahkuning

BANGI, 15 Safar 1438H, Selasa – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan peserta perhimpunan Bersih dan Baju Merah supaya tidak memarahi dan menyalahkan polis jika tindakan diambil kerana melanggar undang-undang.

Beliau berkata, polis bersedia memastikan keselamatan sepanjang perhimpunan pada Sabtu ini diadakan, dan mengingatkan supaya semua peserta mengikut undang-undang.

“Saya ingin mengulangi semua pihak perlu mengikut undang-undang.

“Jangan marah pada kita jika kita mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya lagi, polis juga akan menggunakan beberapa pendekatan anti-rusuhan seperti gas pemedih mata dan meriam air jika ia dilihat perlu.

“Kita akan menggunakannya mengikut undang-undang,” katanya.

Perhimpunan Bersih 5 dijadual berlangsung pada Sabtu ini berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, manakala Gerakan Baju Merah turut merancang himpunan balas pada hari yang sama.

The post Kuning, Merah jangan marah polis jika tindakan diambil Sabtu ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?