Landasan kereta api berkelajuan tinggi Makkah-Madinah beroperasi Mac 2018
MADRID, 20 Safar 1438H, Ahad – Landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Makkah dan Madinah dijangka dibuka kepada umum pada Mac 2018.
Landasan itu sepatutnya dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun ini, namun tarikh menyiapkan projek tersebut ditunda kepada akhir tahun depan.
Jurucakap syarikat konsortium Al Shoula, landasan berkenaan akan beroperasi sepenuhnya pada Mac 2018, dan operasi separa beberapa bulan awal, iaitu pada Disember.
Kerajaan Arab Saudi pada 2011 menganugerahkan kontrak bernilai AS$7.1 bilion kepada 12 syarikat konsortium Sepanyol dan dua firma negara itu bagi projek berkenaan yang bertujuan menaik taraf sistem pengangkutan antara kedua-dua bandar terutama dalam musim haji.
Menurut jurucakap, kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk memberikan bayaran tambahan berjumlah AS$160 juta bagi mengimbangi kos tambahan projek tersebut.- Agensi
The post Landasan kereta api berkelajuan tinggi Makkah-Madinah beroperasi Mac 2018 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan