Laporan punca kebakaran HSA diserah kepada Kementerian Kesihatan

51477396268_hospitalsultanaminah

ISKANDAR PUTERI, 22 Safar 1438H, Selasa – Laporan berkaitan punca kebakaran wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 25 Oktober lalu telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri telah menyiapkan laporan eksekutif berkaitan kejadian itu pada 13 November lalu dan menyerahkannya untuk tindakan akhir oleh pihak Jawatankuasa Siasatan Bebas Teknikal di kementerian berkenan.

“Laporan itu perlulah dibentangkan kepada Mesyuarat Kabinet dahulu sebelum satu pengumuman khas yang akan dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) atau Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr. S. Subramaniam) berkaitan perkara ini,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab enam soalan mengenai punca kebakaran di HSA yang mengorbankan seramai enam pesakit.

Terdahulu, seramai enam pesakit terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki maut apabila wad ICU di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar.

The post Laporan punca kebakaran HSA diserah kepada Kementerian Kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?