Lebih 1,200 pelajar Malaysia di Christchurch selamat

idris-jusoh_M_140415

PUTRAJAYA, 14 Safar 1438H, Isnin — Lebih 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di lapan universiti di Christchurch, New Zealand yang dilanda gempa bumi semalam dilaporkan selamat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Pejabat Education Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand telah menghubungi kesemua wakil pelajar yang menuntut di lapan universiti itu selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

“Education Malaysia di New Zealand telah menasihati pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Pertahanan Awam New Zealand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi susulan berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South Island di New Zealand pada pukul 8.34 pagi Isnin.

Kejadian berlaku di luar pantai timur South Island, 151km Timur Laut dari bandar Christchurch.

Pada Ahad, gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda South Island pada pukul 7.02 malam iaitu 92km timur laut dari bandar Christchurch. — Bernama

The post Lebih 1,200 pelajar Malaysia di Christchurch selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?