Liow mahu SPAD percepat pindaan undang-undang kawal selia Uber, Grabcar
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Beliau berkata undang-undang itu perlu dipinda supaya kerajaan dapat mengawal selia penyedia ‘ride-sharing app’ itu untuk memastikan tiada percanggahan di antara perkhidmatan itu dan teksi.
“Pada masa ini, tiada undang-undang untuk mengawal selia Uber dan Grabcar. Jika kita dapat mengawal selia Uber, maka kita boleh mengawal selia teksi dan dengan itu tidak berlaku percanggahan.
“Kita mahu menyediakan platform yang sama bagi Uber, Grabcar dan teksi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kemudahan perkhidmatan bunker di Pelabuhan Barat di sini hari ini.
Liow berharap proses meminda undang-undang itu akan diselesaikan tahun ini dan dikuatkuasakan tahun depan.
Bagaimanapun, beliau berkata proses itu akan mengambil sedikit masa memandangkan cadangan pindaan itu akan melalui proses penelitian pra-perundangan di Jabatan Peguam Negara dan Kabinet sebelum ke Parlimen.- Bernama
The post Liow mahu SPAD percepat pindaan undang-undang kawal selia Uber, Grabcar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan