Majlis Peguam terima dana Soros hilang wibawa, mesti dirombak: Isma

abdul-rahman-mt-dali

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar (Wartawan Pelatih Ismaweb.net)

BANGI, 8 Safar 1438H, Selasa – Menerima dana asing apatah lagi daripada penyangak mata wang dunia, George Soros, dan menganggap perbuatan itu bukan satu kesalahan, adalah tindakan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan sifat berkecuali Majlis Peguam.

Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendesak semua individu yang memegang jawatan dalam Majlis Peguam meletak jawatan dan melakukan proses pelantikan baharu, supaya majlis berkenaan ditadbir individu yang lebih bertanggungjawab.

Soros adalah pengasas Open Society Foundation (OSF) – rangkaian yang menyalurkan dana, menjalin kerjasama dan projek di lebih 100 negara. Berketurunan Yahudi, Soros mula dikenali di Asia, termasuk Malaysia berikutan krisis mata wang pada 1997-1998.

Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali berkata, tindakan Majlis Peguam menerima dana daripada rangkaian pertubuhan dimiliki penyangak mata wang itu membuktikan majlis itu sudah tidak berwibawa.

Katanya, mereka yang mentadbir Majlis Peguam sekarang perlu meletak jawatan dan satu proses pelantikan baharu wajar dilakukan bagi memastikan pengurusan majlis berkenaan benar-benar berwibawa dan bersikap berkecuali.

“Tidak hairanlah mereka yang menerima dana ini bersifat antikerajaan dan anti-Islam.

“Apatah lagi Yahudi Soros pernah mengancam negara melalui manipulasi hingga menyebabkan kegawatan ekonomi negara,” katanya kepada ismaweb, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Peguam dilaporkan, berkata mereka tidak kisah dengan tuduhan menerima dana daripada OSF.

Presidennya, Steven Thiru berkata, penerimaan dana itu bukan masalah besar memandangkan dana yang diterima diuruskan oleh OSF dan bukannya Soros.

“Saya tidak lihat ia boleh mengugat sistem perlembagaan demokrasi di Malaysia lagipun ia hanya bertujuan mendapatkan keadilan bagi pekerja asing,” katanya.

The post Majlis Peguam terima dana Soros hilang wibawa, mesti dirombak: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?