Majoriti mangsa kekejaman IS Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan Syiah
RIYADH, 14 Safar 1438H, Isnin – Dalam rakaman audio terbaharu, pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi, menggesa pengikutnya melakukan serangan ke atas Turki dan Arab Saudi – dua negara dianggap sebagai pemimpin de-facto untuk Ahli Sunnah Wal Jamaah, di rantau Teluk.
Al-Baghdadi, yang mendakwa kumpulan militan pimpinannya adalah pelindung Ahli Sunnah di Iraq berkata:
“Tidakkah kamu melihat Iraq sedang dibersihkan daripada Ahli Sunnah. Ahli Sunnah tidak mempunyai pilihan kecuali negara khalifah (IS).”
Al-Baghdadi turut memberi amaran kepada Ahli Sunnah di Iraq bahawa Syiah akan melakukan apa sahaja untuk mengambil alih Iraq.
Bagaimanapun, di sebalik dakwaannya sebagai pelindung Ahli Sunnah, mangsa kekejaman IS sendiri majoritinya adalah Ahli Sunnah.
IS yang tidak pernah mengancam Iran dengan serangan bunuh diri, melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas kira-kira 1,000 orang daripada suku Al-Shuaytat daripada Ahli Sunnah di wilayah Deir al-Zor. Terdapat 1,800 orang lagi daripada suku itu tidak dapat dikesan.
IS juga melakukan jenayah terhadap beberapa suku lain Ahli Sunnah di wilayah seperti di Nineveh, Salah el-Deen dan Anbar. Terakhir, menyaksikan apa yang boleh digambarkan sebagai pembersihan besar-besaran.
Keganasan IS juga memaksa beratus ribu, termasuk wanita dan kanak-kanak, meninggalkan kampung halaman mereka.
Kehadiran IS di Iraq membawa kepada pembentukan Angkatan Mobilisasi Popular Iran yang disokong Iran, yang mewujudkan kumpulan sukarelawan membantu tentera Iraq menentang IS, yang kini disahkan sebagai pasukan separa tentera.
Kritikan Baghdadi terhadap Arab Saudi dan Turki dibuat kerana kedua-dua negara itu diiktiraf secara universal sebagai penentang utama cita-cita Iran untuk menguasai rantau Teluk. – Al-Arabiya
The post Majoriti mangsa kekejaman IS Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan Syiah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan