Majoriti rakyat Switzerland tolak Islam

no-to-islam

ZURICH, 8 Safar 1438H, Selasa – Satu kajian mendapati bahawa majoriti penduduk Switzerland membantah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara.

Hampir 61 peratus daripada 15,617 responden menjawab ‘tidak’ atau ‘mungkin tidak’ berikutan soalan mengenai kelayakan agama Islam diberi status rasmi seperti agama Kristian dan Yahudi.

Sementara itu, hanya 19 peratus mengatakan ‘ya’ dan 20 peratus mengatakan ‘mungkin ya’ dalam menerima agama Islam sebagai agama rasmi yang ketiga di Switzerland.

Kajian juga mendapati sebanyak 80 peratus penduduk berpendapat bahawa nilai-nilai Kristian yang diamalkan telah menjadi sebahagian daripada negara itu.

Sebelum ini, Presiden Parti Demokrat Sosial, Christian Levrat menghadiri perbincangan mengenai status Islam sama ada boleh diiktiraf sebagai agama rasmi atau tidak.

Fakta Pejabat Statistik Persekutuan mendedahkan antara tahun 2012-2014, warga Switzerland yang berusia 15 tahun ke atas beragama Islam sebanyak 5 peratus, Katolik Roman 38 peratus, Protestan 26.2 peratus, tiada agama 22.2 peratus dan Yahudi 0.25 peratus. – Agensi

The post Majoriti rakyat Switzerland tolak Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?