Malaysia nekad teruskan TPPA meskipun Presiden baharu AS tak sokong
KUALA LUMPUR, 10 Safar 1438H, Khamis – Malaysia bertegas dengan keputusan asal untuk meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang baharu dipilih tidak menyokong perjanjian bebas itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan tidak akan berganjak daripada TPPA kerana ia membawa faedah secara keseluruhannya kepada negara.
“Namun, masih akan ada kos faedah, ada keuntungan. saya akan maklumkan ke dalam dewan ini pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Pertanyaan-Pertanyaan Menteri daripada Ahli Parlimen PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut Anifah berkata, meskipun Trump sering membuat kenyataan yang kasar mengenai demokrat, Amerika masih faham bahawa hubungan baik antara negara masih perlu dijalinkan.
“Amerika Syarikat adalah negara perdagangan, banyak melabur, juga berdagang dengan banyak negara. Bagi Malaysia AS rakan dagang ketiga terbesar.
“AS negara penting kepada sektor elektronik dan elektrikal di Kulim Kedah, Pulau Pinang, Shah Alam dan Johor. Dari segi teknologi solar di Kulim ia adalah pelaburan AS, juga Western Digital dan Intel di Pulau Pinang,” katanya.
The post Malaysia nekad teruskan TPPA meskipun Presiden baharu AS tak sokong appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan