Mansuh UPSR: Kesatuan Guru sokong cadangan Kementerian Pendidikan
BANGI, 29 Safar 1438H, Selasa – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) menyokong cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Presiden KPPK, Kamarozaman Abd Razak berkata, sokongan tersebut diputuskan pada mesyuarat kesatuan itu, semalam.
“KPPK menyokong cadangan kementerian itu dengan syarat mereka merujuk perkara berkenaan kepada kami terlebih dahulu.
“Kementerian perlu melibatkan kami dalam perbincangan, termasuk ketika menjalankan kajian mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat adalah untuk mengurangkan tekanan ke atas guru-guru, termasuk mengubah persepsi orang ramai yang menganggap ‘A’ sebagai penanda aras mengukur kualiti pelajar.
“Pelajar akan dinilai oleh sekolah masing-masing, dan bukan semata-semata keputusan peperiksaan pusat,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pelajaran, Datuk Sero Mahdzir Khalid berkata, keputusan memansuhkan UPSR hanya akan dibuat pada tahun depan.
The post Mansuh UPSR: Kesatuan Guru sokong cadangan Kementerian Pendidikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan