Maria boleh ditahan semula untuk siasatan Bersih: KPN

kpn

BANGI, 29 Safar 1438H, Selasa – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan ke atas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah masih berterusan walaupun beliau dibebaskan.

Beliau berkata, meskipun Maria boleh ditahan selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), namun beliau dibebaskan selepas polis mengumpul maklumat mencukupi daripadanya.

“Kes Maria bukan bermakna ia ditutup. Kami masih menyiasat dan akan membentangkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Maria telah dibebaskan pada Isnin selepas 10 hari ditahan pada malam sebelum perhimpunan Bersih 5 diadakan.

Bagaimanapun, Khalid berkata, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa Maria akan ditahan semula di bawak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

The post Maria boleh ditahan semula untuk siasatan Bersih: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?