MCA ulang pendirian bantah RUU Mahkamah Syariah

mca

KUALA LUMPUR, 13 Safar 1438H, Ahad – Parti perkauman, MCA hari ini mengulangi pendirian membantah Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, komuniti Cina di negara ini terganggu dengan usaha PAS untuk membawa pindaan RUU itu yang disifatkannya sebagai undang-undang hudud.

“Usaha PAS itu akan mewujudkan dua sistem perundangan dalam negara ini dan MCA sebagai parti yang yang menghormati Perlembagaan negara akur dengan sistem sedia ada.

“MCA membantah sekeras-kerasnya RUU Mahkamah Syariah itu atau undang-undang hudud yang nyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-63 di sini, hari ini.

Ketika ini masih berlangsung sidang Dewan Rakyat dan akan berakhir 24 November ini.

Bagaimanapun sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said ada memaklumkan berkemungkinan Parlimen berkemungkinan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membahaskan RUU 355.

Pada hari pertama persidangan bermula 17 Oktober, usul yang sepatutnya dibentangkan Abdul Hadi berada pada nombor empat dalam kedudukan kertas perintah, sebaliknya masuk hari kedua, ianya tidak sempat dibahaskan ekoran jatuh ke nombor tujuh.

The post MCA ulang pendirian bantah RUU Mahkamah Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?