Menteri arah JAS siasat aktiviti korek pasir di Teluk Senangin

senangin

JOHOR BAHRU,13 Safar 1438H, Ahad – Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat aduan pengorekan pasir di Teluk Senangin, Lumut seperti yang tersiar di laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, isu kehadiran sebuah kapal yang dipercayai mengambil pasir di kawasan perairan perlu dipandang serius.

Ini kerana ia boleh menjejaskan pendapatan nelayan dan ekosistem hidupan laut di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat awal didapati lokasi yang dikenalpasti adalah di kawasan yang jaraknya kira-kira 3.02 kilometer dari kawasan peranginan Teluk Senangin dan 1.15 kilometer dari Tanjung Hantu.

Jadi, kementeriannya melalui JAS akan merujuk kes yang dibangkitkan ke Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Jabatan Laut, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Mineral dan Geosains.

“Ini bertujuan mendapatkan pengesahan status sebenar aktiviti atau operasi pengambilan dan pengorekan pasir laut tersebut kerana aktiviti ini dikhuatiri menjejaskan alam sekitar dan punca pendapatan nelayan di kawasan berkenaan.

“Kementerian juga menggesa kerajaan negeri untuk memberi perhatian khusus mengenai aduan ini disebabkan ia di bawah kuasa kerajaan negeri dan sebagai agensi kerajaan yang komited, JAS akan meningkatkan pemantauan berkaitan,” katanya.

The post Menteri arah JAS siasat aktiviti korek pasir di Teluk Senangin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?