Minyak masak botol bersubsidi diperkenal: KPDNKK

minyak-masak-1

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1438H, Sabtu – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan minyak masak botol satu liter bersubsidi dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bertujuan memberi pilihan kepada pengguna yang tidak mahu membeli minyak masak paket satu kilogram (kg).

“KPDNKK tidak akan menambah kuota minyak bersubsidi sedia ada sebaliknya mahu mempelbagaikan pilihan kepada pengguna.

“Saya sudah berjumpa dengan beberapa peniaga dan kami akan terus mengadakan perbincangan untuk memantau kemampuan mereka memasarkan minyak masak berkenaan,” katanya selepas merasmikan Forum Pengguna VI 2016 di Menara FELDA, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, harga minyak masak botol bersubsidi mungkin berbeza berbanding minyak masak paket.

Sebelum ini dilaporkan, subsidi minyak masak dimansuhkan untuk semua kategori kecuali paket plastik 1 kg masih kekal RM2.50.

Manakala harga minyak masak dalam botol ditentukan mengikut harga pasaran.

The post Minyak masak botol bersubsidi diperkenal: KPDNKK appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?