MRT fasa pertama mula operasi 16 Disember tahun depan
KUALA LUMPUR, 14 Safar 1438H, Isnin – Fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh – Kajang (SBK) bakal memulakan operasinya pada 16 Disember tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tambang MRT Laluan 1 ini telah dipertimbang dan diluluskan oleh Kabinet dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat oleh Prasarana iaitu pengendali perkhidmatan MRT ini.
“Dengan pelaksanaan projek MRT berkenaan, selain daripada memantapkan lagi pengangkutan awam darat di negara ini, ia akan membuka peluang perniagaan yang baru sekali gus akan meletakkan imej Kuala Lumpur sebaris dengan bandar raya utama di dunia.
“Ini bukan sahaja merupakan pencapaian yang membanggakan, tetapi juga membuktikan kepentingan yang diberikan dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan, mengatasi segala kepentingan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nancy memaklumkan, sebanyak 120 buah bas perantara akan disediakan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk fasa satu iaitu dari stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.
The post MRT fasa pertama mula operasi 16 Disember tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan