MSM kekalkan harga gula
BANGI, 29 Safar 1438H, Selasa – Pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM), tidak akan menaikkan harga gula walaupun harga komoditi itu semakin meningkat di pasaran dunia.
Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata. sebagai anak syarikat FGV, MSM sentiasa mematuhi arahan kerajaan berikutan gula adalah antara barangan kawalan.
Beliau berkata, tidak dinafikan kenaikan harga gula dunia menimbulkan kebimbangan kepada syarikat itu.
“Sehubungan itu, MSM telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk mengkaji harga siling gula, namun belum diputuskan lagi oleh kerajaan,” katanya dipetik Berita Harian.
Minggu lalu, MSM meminta kepada kerajaan supaya menaikkan harga siling gula antara 20 hingga 30 peratus daripada harga sekarang, iaitu RM2.84 sekilogram.
Bagaimanapun semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin, memaklumkan bahawa harga gula di pasaran kekal pada masa ini.
The post MSM kekalkan harga gula appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan