Muhyiddin harap tidak terima nasib seperti Rafizi

Malaysian Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin pauses during the launching of ASEAN SME Showcase and Conference (ASSC) 2015 at the Kuala Lumpur Convention Centre in Kuala Lumpur on May 25, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

BANGI, 15 Safar 1438H, Selasa – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap nasib beliau tidak berakhir di penjara seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Ia susulan kehadiran beliau hari ini ke Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung kenyataan yang dibuatnya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen.

“Walaupun saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Rafizi, saya berharap saya tidak akan menerima nasib sama, kerana saya percaya bahawa apa yang saya katakan di Parlimen adalah atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen.

“Saya mempunyai hak untuk bercakap. Saya mempunyai imuniti dan saya berharap pihak berkuasa akan memahami apa yang saya katakan di Parlimen,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Selain Muhyiddin, turut disiasat atas dakwaan sama Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.

Siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

The post Muhyiddin harap tidak terima nasib seperti Rafizi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?