Muhyiddin lebih minat kerjasama dengan PKR, PAS

Muhyiddin-Yassin-940x580

BANGI, 11 Safar 1438H, Jumaat – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen Sabtu ini, ditangguhkan.

Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.

Dilaporkan, keputusan penangguhan itu secara tidak langsung menjejaskan konvensyen kali pertama pakatan harapan ekoran majlis menandatangani perjanjian bagi mengalu-alukan BERSATU sepatutnya menjadi acara kemuncak.

Menurut sumber, Muhyiddin sebelum ini bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat bersama pimpinan tertinggi pakatan harapan.

Bagaimanapun, dua hari selepas mesyuarat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghubungi pemimpin pakatan harapan bagi meminta penangguhan menandatangani perjanjian kerjasama.

Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau juga dilaporkan lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya yang terdiri daripada BERSATU, PKR dan PAS.

The post Muhyiddin lebih minat kerjasama dengan PKR, PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?