Muzakarah ulama bincang aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah di Malaysia

851440306_139406_2136101864560755811

Oleh Athirah Huda Zalhe

PUTRAJAYA, 12 Safar 1438H, Sabtu – Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) sekali lagi menghimpunkan tokoh-tokoh ilmu dan masyarakat serta ahli akademik dalam Muzakarah Ulama MUIS kali ke-4, hari ini.

Siri penganjuran kali ini memberi penekanan mengenai ‘Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah dalam Konteks Malaysia’ membariskan Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan Hasan; Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Dr Fauzi Shaffie dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri.

Majlis dirasmikan Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dan ucaptama daripada Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda.

Pembentangan kertas kerja akan disusuli dengan perbincangan meja bulat oleh 30 ahli muzakarah sebelum memutuskan resolusi.

Program selama satu hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan dihadiri lebih 100 pemerhati terdiri daripada pelajar, tokoh agama dan peserta bukan Islam.

Majlis Ulama Isma pernah menganjurkan beberapa siri muzakarah ulama sebelum ini antaranya mengenai kefarduan mengundi calon muslim berwibawa dalam pilihan raya, bahaya ancaman Comango dan fiqh muwatanah (kenegaraan).

The post Muzakarah ulama bincang aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?