Najib anggap kerjasama Tun Mahathir, Kit Siang satu kemunafikan peringkat tertinggi

r

KUALA LUMPUR, 13 Safar 1438H, Ahad – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerjasama di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan DAP sebagai hipokrasi dan tiada arah tuju.

Ini berikutan, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang saling berseteru mengikut sejarah lampau.

Malah katanya, Tun Mahathir pernah menggambarkan Kit Siang sebagai ‘rasis, anti-Melayu dan anti-Islam’, dan Kit Siang juga pernah menggelar bekas perdana menteri itu sebagai ‘diktator’.

“Jadi, adakah anda benar-benar berfikir pembangkang mempunyai perkongsian yang sejati? Anda fikir Kit Siang suka dengan Dr Mahathir? Adakah Dr Mahathir suka kepada Kit Siang?

“Saya fikir mereka sudah hilang arah tuju. Terlalu banyak kali. Bukan sahaja rakyat keliru, mereka (pembangkang) pun keliru,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-63 di Dewan San Choon, Wisma MCA, hari ini.

Najib berkata, beliau faham keperluan gabungan untuk kepentingan politik, tetapi jika melihat kepada sejarah Tun Mahathir dengan sekutunya itu buat masa ini, hubungan ini wajar digambarkan sebagai ‘kemunafikan peringkat tertinggi’.

“Mana boleh percaya politik berasaskan hipokrasi. Walaupun dalam politik ada penyesuaian, tetapi apa yang berlaku ini politik ‘U-turn’.

“Ini bukan politik yang kita mahu, ini politik hipokrasi tahap tinggi. Mengapa sanggup buat ‘U-turn’. Mereka ini ‘Raja U-turn. Kita tidak boleh membenarkan negara ini dipimpin oleh kerajaan gabungan tanpa keikhlasan,” katanya.

The post Najib anggap kerjasama Tun Mahathir, Kit Siang satu kemunafikan peringkat tertinggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?