Netizen kutuk mahasiswa ampu Najib
BANGI, 28 Safar 1438H, Isnin – Tindakan seorang wakil mahasiswa yang mengampu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendapat kritikan hebat daripada netizen selepas video beliau berucap menjadi viral dalam laman sosial.
Video berdurasi 33 saat itu memaparkan Wan Muhasin memuji kerajaan yang sedia ada dengan penuh semangat ketika berucap dalam Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS).
Ahmad Faisal mengkritik tindakan Wan Muhasin dalam Facebook dengan memberi komen, ‘Tidak rasa ke penderitaan? GST sahaja sudah buat orang terseksa. Jangan hipokrit sangat bangga akan kerajaan.’
Manakala, Muhamad Noor Amin Yahaya pula menulis komen, ‘Tidak perlu berampu sangat, GST dan PTPTN tetap kena bayar.’
Selain itu, Hassan Budin pula menulis, ‘Bukan hendak membela, tetapi baru-baru ini pemimpin perompak yang membuat rakyat menderita, pemakan dedak memang tidak terasa kesusahan rakyat sebab bekalan dedak masih tidak putus.’
Difahamkan, salah satu tujuan persidangan itu adalah untuk memilih empat calon mahasiswa terbaik yang akan menjadi jurucakap dalam Persidangan Agong Umno 2016 (PAU2016).
The post Netizen kutuk mahasiswa ampu Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan