Netizen pertikai Harian Metro viral isu pelajar duduk atas jalan tar
BANGI, 8 Safar 1438H, Selasa – Tindakan portal berita Harian Metro yang memuat naik video pelajar duduk di jalan tar mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen, hari ini.
Video yang berdurasi 1 minit 21 saat itu memaparkan beberapa pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail duduk di atas jalan tar akibat lambat hadir ke sekolah.
Tinjauan Ismaweb di laman YouTube mendapati rata-rata netizen mempertikaikan tindakan portal itu dan menganggap hukuman yang dikenakan pengetua sekolah itu tidak begitu teruk.
Peja Pejaa menulis, isu yang disiarkan Harian Metro seperti teruk sangat sahaja.
“Dah datang lewat, pekara biasalah itu kalau kena denda,” tulis Fathil Aqil.
“Isu apalah yang dimainkan Harian Metro ini. Perkara ini perlu ke dibesarkan sampai kena siasat. Manja sangat pelajar sekolah menengah zaman sekarang sampai isu duduk atas jalan tar pun tidak boleh,” tulis Mahadhir F Seiei.
Muhd Hazwan pula menulis, “Apalah sangat duduk atas jalan tar. Lainlah kalau disuruh baring di lampu isyarat.”
The post Netizen pertikai Harian Metro viral isu pelajar duduk atas jalan tar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan