Palam elektrik tembus kepala kanak-kanak dua tahun
BEIJING, 10 Safar 1438H, Khamis – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengalami detik mengerikan apabila kepalanya ditembusi palam elektrik akibat terjatuh dari katil.
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain di atas katil di rumahnya di Guangzhou, China.
Dia dikatakan hilang kawalan akibat terpijak bola plastik, lalu terjatuh dari katil menyebabkan palam elektrik menembusi bahagian kiri kepalanya.
Bagaimanapun, doktor berjaya mengeluarkan palam berkenaan selepas menjalankan pembedahan selama tiga jam.
Doktor yang melakukan pembedahan berkenaan berkata, tiga pin besi palam turut menembusi bahagian otak Chen Chen dan pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan objek itu.
Keadaan Chen Chen ketika ini dilaporkan kembali stabil dan dijangka keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi. – Agensi
The post Palam elektrik tembus kepala kanak-kanak dua tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan